Aquamas Sport Education |
Gelagat sekumpulan kanak-kanak yang mengikuti latihan renang intensif di sebuah rumah banglo di Taman Kajang Mewah, Kajang, Selangor baru-baru ini membuatkan hati terhibur melihatnya.
Bagaimanapun, aksi seorang kanak-kanak lelaki yang disahkan menghidap penyakit global development delay belajar berenang menggamit pandangan untuk menumpukan perhatian ke arahnya.
Meskipun tidak normal seperti kanak-kanak lain, namun Derek Lee Wei Hong, 6, kelihatan bersungguh-sungguh memenuhi arahan jurulatihnya.
“Angkat kaki kamu dan gerak-gerakkannya Derek. Tarik nafas perlahan-lahan. Ya, bagus Derek. Kamu boleh lakukannya,” kedengaran suara jurulatih, Lester Lee Choon Weng, 19, yang mengendalikan kelas tersebut.
Bagi Leow Siew Kim, 39, sejak menghantar Derek mengikuti latihan renang di Aquamas Sport Education, banyak perubahan dapat dilihat terhadap perkembangan anak bongsunya itu.
“Selepas beberapa sesi latihan, tahap keyakinan diri anak saya semakin meningkat. Dia tidak lagi takut ketika berada dalam air seperti awalnya. Malah, dia juga sudah pandai berenang,” ujar Siew Kim yang turut menghantar tiga lagi anaknya mengikuti kelas renang di sana.
“Saya percaya kelas sebegini satu program yang bagus untuk mendidik anak-anak terutama yang mempunyai masalah membina perkembangan diri.
“Ini kerana sukan renang menggunakan otak kiri di samping memerlukan pergerakan semua otot yang baik untuk fizikal manusia,” kata Siew Kim yang berterima kasih kepada jurulatih kerana berjaya mendisiplinkan anak-anaknya.
Mula beroperasi di Taman Kajang Mewah sejak awal tahun 2013, penubuhan Aquamas Sport Education menyasarkan untuk mendidik pelajarnya mengenai kepentingan sukan dalam kehidupan.
Ia bukan sekadar mengajar teknik-teknik berenang, bahkan menjadikan para pelajar lebih memahami peranan sukan atau aktiviti fizikal dalam rutin harian masing-masing.
Terapi renang
Pengarah Urusan Aquamas Sport Eduction, Ivan Ng, 32, memberitahu, kebanyakan ibu bapa sekarang lebih cenderung kepada pencapaian akademik semata-mata.
“Kalau kita lihat situasi hari ini, ramai anak-anak remaja sentiasa tertekan, kurang disiplin, gemar menyendiri dan mempunyai antibodi yang lemah. Semua ini berpunca daripada tekanan akademik, penggunaan gajet canggih yang keterlaluan, ibu bapa tidak bersama dengan anak-anak dan kurang menjalani aktiviti riadah.
“Sebagai contoh, setiap minggu kita mempunyai 168 jam masa yang diberikan oleh Tuhan, tetapi untuk bersukan satu jam pun susah. Jadi, hidup kita tidak ada keseimbangan,” terang Ivan yang memiliki Sijil Kejurulatihan Tahap 1 Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Sijil Kejurulatihan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).
Menurut Ivan, pihaknya menggunakan konsep sukan untuk menerangkan tentang pendidikan. Oleh sebab itulah, mereka memilih slogan yang berbunyi Let’s Sports be an Education.
“Kejayaan dalam akademik tidak bermaksud kita akan berjaya dalam pendidikan. Namun, di dalam apa-apa sukan sekali pun, terdapat banyak nilai positif yang boleh dipelajari.
“Ia bukan sekadar teknik tetapi mengajar kita cara mendisiplinkan diri, mempunyai hati yang kental dan semangat tidak mudah mengalah,” jelas beliau yang mengakui sukan mampu memupuk nilai kehidupan yang tinggi.
Justeru, Ivan tidak teragak-agak mengajar kedua-dua anaknya, Aincy Ng, 4, dan Griffin Ng, 2, berenang sejak mereka kecil untuk meningkatkan keyakinan diri.
“Pada usia tiga minggu selepas dilahirkan, saya sudah membawa mereka masuk ke dalam kolam renang. Kini, saya gembira melihat keberanian Aincy dan Griffin berenang seperti orang dewasa,” ungkap Ivan sambil tersenyum melihat keletah dua permata hatinya itu.
Mengulas mengenai pengambilan pelajar pula, Ivan menegaskan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia daripada kanak-kanak, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga warga emas.
Terdapat enam orang jurulatih yang bertanggungjawab mengendalikan kelas renang yang diadakan setiap hari mengikut pilihan pelajar.
Takut air
Dalam pada itu, Lester berkata, bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, mereka akan memberi tumpuan terhadap teknik renang kuak dada bagi yang tidak takut air. Tetapi, bagi yang masih takut-takut, mereka memilih menggunakan teknik gaya bebas.
“Sepanjang tujuh tahun terlibat dalam sukan renang, bagi saya cabaran paling besar ialah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak kerana adakalanya mereka agak beremosi.
“Kita perlu tahu cara terbaik untuk memujuk mereka memberanikan diri terjun ke dalam kolam. Mula-mula memang mereka akan menjerit, namun percayalah mereka akan belajar dengan cepat,” tutur Lester yang merupakan bekas anak murid Ivan.
Sementara itu, Tan Chew Hee, 66, yang telah hampir dua bulan menyertai kelas renang di sini mengakui, banyak perubahan yang dirasai dalam aspek kesihatan diri.
Dahulu, beliau sering sakit pinggang, belakang dan kaki serta mempunyai tahap kolesterol dalam badan yang tinggi.
“Selepas mengikuti kelas ini, kesakitan yang dirasai semakin berkurangan. Malah, tahap kesihatan saya bertambah baik,” luahnya yang mengambil pakej untuk kelas dua kali seminggu selama satu jam bagi setiap sesi.
Bagi mereka yang berminat menyertai kelas renang ini, terdapat pakej istimewa yang ditawarkan pada harga RM270 untuk 12 sesi diikuti bayaran pendaftaran sebanyak RM25.
Sumber: Kosmo! Online