|
Kerja Dari Rumah - SOHO |
Ajukan kepada sesiapa saja, pasti semuanya setuju jika wujudkan pejabat sendiri di rumah.
Boleh dikatakan ia impian setiap manusia kerana logiknya, kita akan berasa selesa dan santai untuk bekerja di rumah.
Abaikan rasa malas, memilih untuk tidur ataupun unsur negatif lain, apa yang penting kerja dari rumah.
Pejabat kecil
Ia bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing malah semakin diterima masyarakat.
Seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT), semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri.



