Showing posts with label Islamic education. Show all posts
Showing posts with label Islamic education. Show all posts

Menggali Kemampuan Diri Melalui Tekanan dan Cabaran

Cabaran dan tekanan ketika merantau di negara orang termasuk ketika menuntut ilmu memberikan pengalaman cukup berharga kepada setiap individu.

Ia mampu menggali kemampuan potensi diri, menjadikan seseorang individu lebih berdisiplin dan sekali gus menjadikan individu itu lebih berjaya.

Bagi Prof Madya Dr Abdul Manam Mohamad, 47, pengalaman menuntut ilmu di Kaherah, Mesir, adalah cukup memberi kesan dan bermakna dalam hidupnya.

Read More ->>>
Read more...

Pusat Tahfiz iLuvQuran Wangsa Melawati

Menghampiri pintu masuk pusat tahfiz iLuvQuran di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis disambut oleh replika Menara Berkembar Petronas yang dibina daripada botol-botol air mineral.

Menara itu adalah hasil kerja para pelajar berdasarkan pengajaran daripada surah al-Buruj yang dipetik daripada al-Quran.

Selain aktiviti seni dan kraf, difahamkan terdapat aktiviti seperti lakonan, kuiz dan membuat kek cawan.

Read More ->>>
Read more...

Koleksi Zikir Terbaik Ustaz Manis

Kepetahannya bercakap mengagumkan sesiapa saja yang mengikuti ceramah dan kelas motivasi anjurannya.

Cara penyampaiannya juga sangat menarik kerana diselang-seli dengan jenaka membuatkan penonton tidak bosan.

Bagaimanapun Ustaz Manis atau nama sebenarnya Mohd Fadhly Hasbullah, 36, hanya dikenali di negeri sebelah utara serta di Sabah. Justeru, dia kini giat mempromosikan diri agar dikenali semua peminat.

Tambahan pula dia sudah menghasilkan enam buah album yang perlu dipromosikan sebaik mungkin kepada pendengar iaitu Nasyid Permata Hati (2007), Zikir Senandung Qalbu Vol 1 (2011), Nasyid FIRAST- Qudus Kasihmu (2012), Zikir Senandung Qalbu Vol 2 (2013), Alunan Munajat Rindu (2014) dan Koleksi Zikir Terbaik Ustaz Manis pada Oktober tahun lalu.

Read More ->>>
Read more...

Video Album - Mari Menyanyi Bersama Ummi

Percubaan berani penyanyi Nora Ariffin dan suaminya komposer Johan Nawawi menerbitkan program Ummi...Ceritalah Pada Kami yang dimulakan pada 2010 membuahkan hasil positif.

Mereka kini tersenyum bangga apabila program terbitan Hud Hud Media Sdn Bhd (HHMSB) ini diterima penonton terutama golongan kanak-kanak.

Program ini disiarkan menerusi TV3 bermula 2012 sepanjang Ramadan lalu dan mereka berjaya menghasilkan 12 muzik video nyanyian bersama.

Berikutan kejayaan itu, mereka melangkah setapak lagi apabila melancarkan produk terbaru video album Mari Menyanyi Bersama Ummi yang dilancarkan di Shah Alam Convention Centre (SACC) bersempena acara Malaysian Islamic Children Fair (MICF) pada 23 November lalu.

Read More ->>>
Read more...

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::