Serum Oksigen ARIQA Beauty

Bermula sebagai agen stokis, Mohd. Azhaan Md. Noor, 31, menjual pelbagai produk kecantikan dan kesihatan milik orang lain kerana percaya hanya perniagaan sahaja yang boleh memberikan keuntungan yang berlipat ganda.

Dua tahun mencari pengalaman dalam industri kecantikan wanita, ternyata bekerja di bawah orang tidak memberikan kepuasan sepenuhnya kepada dirinya untuk mengembangkan idea sendiri malah pendapatan yang dijana tidak seperti sangkaan awal.

“Saya sudah lama berfikir untuk mengeluarkan produk sendiri namun saya lebih memikirkan jalan selamat, iaitu menjual produk orang berbanding produk sendiri yang belum tentu lagi ada pasarannya.

“Saya yang bermula dari kosong, mengambil langkah sedikit demi sedikit untuk mempelajari selok belok perniagaan dan mula melakukan kajian tentang produk yang ingin dihasilkan. Kebetulan pula, isteri saya mengalami masalah jerawat yang teruk, dan saya menjadikannya sebagai testimonial pertama produk saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam masa beberapa bulan, Mohd. Azhaan dapat melihat perubahan yang berlaku kepada isterinya daripada kulit berjerawat sehinggalah kembali normal malah lebih halus dan mulus. Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia mencuba untuk menghantar sampel kepada ahli keluarga yang lain, ternyata turut mendapat reaksi positif bahkan ada yang memberi kesan hanya dalam tempoh 24 jam.

“Melihat hasil positif daripada sampel semburan tersebut, akhirnya saya berkeyakinan untuk memasarkan produk yang saya namakan Serum Oksigen ARIQA O2+Celltech.

“Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna dan ada yang mengulangi tempahan sehingga lima botol dalam satu-satu masa,” katanya yang berasal dari Baling, Kedah.

Walaupun ARIQA masih terlalu hijau di pasaran, Mohd. Azhaan berjaya membuktikan bahawa dirinya mampu melakukan pembaharuan, malah kini boleh berbangga dengan 12 stokis di seluruh Malaysia yang bernaung di bawahnya.

Dia berharap, dengan adanya stokis boleh membantu usahawan-usahawan baharu yang ingin menceburi bidang perniagaan kecantikan dan kesihatan.

“Saya sedar ramai orang mahu mempunyai produk sendiri dan persaingan itu terlalu besar, apatah lagi wanita lebih mendominasi industri ini. Namun, saya percaya kekuatan yang ada pada ARIQA berjaya menempatkan produk ini setanding dengan produk-produk tempatan yang lain.

“Siapa kata lelaki tidak boleh menjual produk wanita? Asalkan tahu hala tuju perniagaan dan manfaat yang terhasil daripada produk tersebut, sudah cukup meletakkan mereka sebaris dengan nama-nama besar. Usaha yang berterusan dan ilmu yang dikejar sampai bila-bila, akan membantu saya menaikkan lagi jenama ini,” ujarnya.

Menawarkan produk serum semburan muka kepada pasaran tempatan dan global, Mohd. Azhaan percaya kebanyakan rakyat Malaysia menghadapi masalah kulit berjerawat paling serius disebabkan faktor cuaca dan gaya hidup.

Mengambil inisiatif untuk membantu mereka memulihkan kembali kulit wajah dengan produk yang betul, ARIQA sendiri telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Tidak perlu meminta pelanggan mengubah rejim penjagaan kulit muka mereka. ARIQA hanya melengkapkan apa yang telah dipakai melalui semburan yang boleh mengekalkan kesegaran, menghalang jerawat serta jeragat,” katanya.

Serum Oksigen ARIQA 02 + Celltech adalah produk ciptaan tempatan yang unik, mampu menampakkan kesan perubahan dalam jangka masa yang singkat seawal satu hari sahaja.

Menggunakan 100 peratus bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin dan khasiat bagi kecantikan kulit pada wajah, produk ini juga dapat melembutkan serta menyerikan kulit, selain menjadikan kulit semakin sihat dan bermaya.

Mengambil khasiat witch hazel water, sejenis bunga yang sering diguna pakai dalam perubatan lama dan moden untuk masalah gatal-gatal pada permukaan kulit, luka kecederaan, dan masalah jerawat serius.

“Ekstrak bunga chamomile pula bersifat anti oksida yang berupaya mengurangkan pembentukan radikal yang merosakkan kulit dan sebagai anti penuaan.

“Kombinasinya bersama bunga lavender air yang memiliki kandungan anti septik dapat membunuh bakteria untuk melawan infeksi, luka ringan dan membantu meremajakan kulit wajah,” katanya.

Azhaan mengaplikasikan khasiat vitamin A, C, dan E bagi melawan anasir-anasir negatif daripada persekitaran kotor yang menembusi kulit muka.

Melalui kebaikan berganda vitamin semula jadi, ARIQA berjaya menggalakkan penghasilan kolagen yang memberi keanjalan serta kehalusan kulit selain mencerahkan tona wajah.

Sesuai bagi semua jenis kulit termasuk normal, berminyak, sensitif, kering, dan berparut, ARIQA juga sesuai untuk permukaan kulit bayi yang mempunyai masalah ekzema.

Berharga RM90 untuk sebotol, maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.ariqabeauty.com atau Facebook, ARIQA International. Urusan pembelian dan menjadi stokis boleh menghubungi talian 012-5806029.

Sumber: Utusan Online

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::