Rezeki Pelukis Jalanan_01 |
Bertemankan cahaya lampu neon dan kesibukan lalu-lalang manusia sekitar kaki lima Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, tangan kanannya cekap memegang pastel sambil melakarkannya pada sekeping kertas putih.
Hampir setiap malam pastel dan kertas menjadi teman setia Amirul Mukminin Salaton, 41, sepanjang menjadi pelukis jalanan di kawasan tersebut sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, setiap malam dia akan menghabiskan masa di sekitar kawasan hadapan Bank Islam di Jalan Bukit Bintang.
“Kebiasaannya, saya berada di sini selepas Isyak sehingga pukul 2 atau 3 pagi dengan melukis potret-potret yang ditempah pelanggan.
“Di sinilah saya menterjemahkan bakat melukis potret wajah pelanggan atas kertas,” ujarnya.
Menurut Amirul, walaupun pendapatan sebagai pelukis jalanan tidak menentu, namun kerjaya tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah untuk dia menyara keluarganya.
“Melukis adalah hobi saya sejak kecil lagi dan kini ia menjadi satu kerjaya tetap.
“Melalui pendapatan sebagai pelukis jalanan inilah saya menyara isteri dan empat orang anak.
“Jangan pandang rendah pelukis jalanan, kami hanya mencari rezeki halal dengan melukis,” tambahnya bagi menjawab pandangan sinis sesetengah pihak yang memandang sebelah mata kerjaya tersebut.
Tambahnya, melukis potret di jalanan sambil dilihat orang ramai, tidaklah sama seperti melukis di studio atau di rumah yang tiada sesiapa pun akan melihat kerana penilaian dibuat oleh para pelanggan setelah hasil kerja siap dan dipamerkan.
Tetapi melukis di jalanan nilaian bermula dari teknik memegang pensel atau pastel sehinggalah kepada teknik melukis seterusnya hasil terakhir.
Persembahan
Sehubungan itu, melukis di jalanan bukan sekadar untuk menyiapkan tempahan, tetapi suatu persembahan kepada penonton.
Melukis di jalanan Bukit Bintang memerlukan kepantasan kerana kebanyakan tempahan perlu disiapkan dengan segera kerana kebanyakan pelanggan Amirul adalah pelancong luar terutama dari negara-negara Asia Barat.
Anak kelahiran Lenggong, Perak itu menyatakan sepanjang bergelar pelukis jalanan banyak pahit manis telah dilaluinya.
Pengalaman pahit termasuklah barangan lukisannya dirampas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari 2013 sekitar pukul 1 pagi. Pada masa itu, dia sedang melukis potret sepasang warga Arab secara langsung sebelum alatan lukisannya dirampas dalam satu operasi yang dijalankan oleh penguat kuasa DBKL.
“Selepas peristiwa itu berlaku, pihak media datang membuat liputan tanda memberi sokongan kepada kumpulan pelukis jalanan.
“Rentetan daripada kejadian itu, satu perbincangan bersama telah diadakan oleh wakil pelukis jalanan bersama pihak Balai Seni Visual Negara dan DBKL bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya yang pernah bekerja sebagai pelukis poster wayang.
“Hasil perbincangan tersebut, satu persetujuan telah dibuat iaitu pelukis jalanan perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada pihak DBKL sekiranya mahu menjalankan aktiviti melukis di kawasan tersebut,” ujarnya.
Pada hari ini, individu yang berminat menjadi pelukis jalanan perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.
Mereka harus menghadiri uji bakat Seniman Jalanan dengan pihak Balai Seni Visual Negara dan DBKL terlebih dahulu bagi membolehkan permit tersebut dikeluarkan.
Amirul juga pernah berdepan kejadian hasil karyanya dikoyak oleh pelanggan.
“Menjadi lumrah kepada para pelukis jalanan apabila potret yang dihasilkan dikoyak oleh pelanggan kerana tidak menepati kehendak mereka walaupun kita sudah melakukan yang terbaik,” katanya yang gemar melukis sejak di bangku sekolah rendah.
Sumber: Kosmo! Online