Tajaan RM2 Juta Koo Kien Keat-Tan Boon Heong |
Hasrat bekas beregu No. 1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mahu kembali beraksi di pentas antarabangsa sebagai pasangan profesional negara tercapai semalam selepas mereka mendapat penajaan RM2 juta daripada sebuah syarikat pemaju hartanah, Seri Mutiara Development Sdn. Bhd. (SMDSB) untuk tempoh dua tahun.
Lebih menarik gandingan yang pernah mengharumkan nama negara ketika meraih pingat emas Sukan Asia 2006 itu akan dibantu oleh bekas pemain negara, Lee Wan Wah dan Chew Choon Eng yang akan memainkan peranan sebagai jurulatih untuk membantu mereka memburu slot pada Sukan Olimpik di Brazil tahun depan.
Kien Keat berkata, walaupun mendapat penajaan yang lumayan untuk kembali beraksi tetapi mereka juga akan berdepan dengan cabaran yang sukar untuk memperagakan aksi seperti ketika mereka menjadi pasangan utama negara sebelum dia meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Mac tahun lalu.
“Keyakinan dari segi perbelanjaan untuk menyertai kejohanan selepas ini bukan lagi satu masalah, cuma saya risau macam mana mahu dapatkan semula standard (permainan) kami semula. Kami sudah mula berlatih selama tiga minggu tetapi fokus hanya kepada fizikal dahulu.
“Kami mempunyai matlamat yang sama iaitu kemahuan untuk kembali beraksi. Sebelum ini pun saya pernah menjadi jurulatih (Kelab Badminton Granular) di Thailand, jadi apabila pulang saya mula berbincang (dengan Boon Heong) dan akhirnya ia membawa kami sehingga hari ini (penajaan),” kata Kien Keat selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan semalam.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung di Mutiara Ville, Cyberjaya itu ialah Ketua Bahagian Pemasaran SMDSB, Datuk Gan Hong Su dan Senator Chong Sin Woon.
Kien Keat-Boon Heong kini berada di ranking ke-215 dunia dan tugas mereka untuk memburu slot Sukan Olimpik tidak mudah kerana pasangan itu perlu sekurang-kurangnya berada di ranking kelapan dunia jika mahu menemani beregu utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang turut meletakkan sasaran sama.
Biarpun Kien Keat mengakui ia suatu tugas yang berat tetapi dia tidak mahu menjadikan sasaran tersebut bebanan yang perlu digalas seperti ketika berada di bawah naungan BAM, sebaliknya pemain berusia 29 tahun itu mahu lebih menikmati kariernya sebagai pemain badminton.
“Saya telah meninggalkan BAM dan saya tidak mahu tekanan seperti itu lagi. Memang saya meletakkan sasaran tetapi bukan meletakkan sasaran berada dalam kelompok 10 terbaik dunia kerana ia akan memberikan tekanan kepada saya semula. Saya mahu menikmati karier ini dan akhirnya layak kepada Sukan Olimpik,” jelas Kien Keat.
Dalam pada itu, Boon Heong, 27, yang meninggalkan BAM pada Mac lalu iaitu setahun selepas Kien Keat keluar berkata, mereka akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih untuk menentukan hala tuju serta perancangan untuk menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Australia bermula 26 Mei depan.
“Kami perlu lebih berdisiplin selepas bergelar pemain profesional. Walaupun kami semakin berusia tetapi kemahuan untuk beraksi masih ada.”
“Namun, semuanya perlu diuruskan sendiri secara berdikari seperti perancangan selepas ini termasuk untuk menempah tiket, hotel dan sebagainya ketika menyertai sesuatu kejohanan di luar negara nanti,” ujar Boon Heong yang mula digandingkan dengan Kien Keat pada 2006.
Kali terakhir pasangan itu beraksi ialah pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Ogos tahun lalu iaitu lima bulan selepas Kien Keat meninggalkan BAM.
Sumber: Kosmo! Online