Program The Other Kuala Lumpur Walking Tour |
Insaf dengan nasib gelandangan yang tidak berumah dan hanya tidur di kaki lima pusat beli belah dan taman di sekitar ibu kota, seorang aktivis masyarakat nekad untuk membantu golongan tersebut.
Menerusi program The Other Kuala Lumpur Walking Tour, Mohd. Effuan Aswadi Abdul Wahab, 32, mahu memastikan nasib golongan itu terbela dengan mempunyai pendapatan yang cukup bagi menyewa rumah atau bilik untuk tinggal.
Mohd. Effuan berkata, peserta program berkenaan yang terdiri daripada gelandangan akan dilatih untuk menjadi pemandu pelancong berkelayakan.
“Pencarian golongan gelandangan yang mampu menjadi pemandu pelancong telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu di sekitar Masjid Jamek, bangunan Cahaya Suria dan Jalan Chow Kit.
“Saya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Urus Setia Menangani Gejala Sosial (Unggas) bagi mencari bakat-bakat pemandu pelancong daripada golongan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Seksyen 13 di sini.
Menurutnya, kriteria yang diutamakan adalah mahir berbahasa Inggeris dan beliau sendiri terkejut apabila mendapati kebanyakan gelandangan memahami bahasa tersebut dan ada yang boleh berinteraksi dengan begitu fasih.
Beliau menambah, calon juga mesti mempunyai pekerjaan tetap dan tugas sebagai pemandu pelancong hanya sekadar memberi pendapatan tambahan untuk mereka keluar daripada kehidupan yang daif.
“Memang sedih melihat nasib mereka yang mempunyai anak yang masih bayi tidur bergelimpangan. Saya berharap dengan bayaran setimpal yang diterima, mereka dapat menjana pendapatan hingga mampu menyewa rumah.
“Pada masa ini, saya telah memilih lima orang gelandangan dan sedang memberi latihan serta bengkel kepada mereka dari aspek melancarkan perbualan dalam bahasa Inggeris selain memahirkan dengan laluan lawatan terutama sekitar Pasar Seni, Jalan Sultan, pusat beli belah Kota Raya dan bangunan Cahaya Suria," jelasnya.
Program berkenaan dijadual bermula pada bulan Mei ini dan para peserta akan dibekalkan dengan pakaian yang mempunyai logo The Other Kuala Lumpur Walking Tour.
Mohd. Effuan memberitahu, idea beliau untuk membantu golongan gelandangan dibawanya ke dalam program Berbudi Berganda anjuran Agensi Inovasi Malaysia pada tahun lalu sehingga berjaya menambat hati juri lalu dianugerahkan geran sebanyak RM25,000.
Jelasnya, kemenangan itu membuatkannya lebih bersemangat untuk membantu golongan gelandangan.
“Cabaran paling sukar adalah untuk memastikan kesemua gelandangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang masalah kehidupan untuk beristiqamah dalam pekerjaan sampingan mereka ini.
“Oleh sebab itu latihan dan bimbingan akan terus diberikan agar mereka bersemangat untuk mengubah nasib sendiri dan menjadi insan yang berjaya,” ujarnya.
Beliau turut berharap hasil keuntungan yang diperoleh daripada program berkenaan dapat dijadikan modal untuk berniaga cenderamata yang dijual oleh mereka sendiri bagi mendapat pendapatan sampingan.
Source: Utusan Online