TudungRuffle

Dilema wanita Muslimah terutama bagi mereka yang berhijab ialah memilih tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah.


Ada kalanya tempoh yang lama diperuntukkan untuk memakai tudung setiap hari termasuk tatkala membeli-belah bagi memiliki tudung yang mampu memberikan efek wajah tirus persis gadis Korea Selatan.

Menyedari keadaan itu, pemilik dan pereka jenama TudungRuffle, Hanis Arif mencipta tudung beropol yang mampu memberikan kesan bentuk muka yang bujur dan tirus dengan menjadikan ropol pada setiap kelim tudung sebagai tumpuan.

Diinspirasikan daripada tudung bawal, Hanis memberitahu, wanita berwajah bulat tetapi mahu kelihatan tirus tatkala memakai tudung, adalah pengguna tepat TudungRuffle.

Selain menggunakan kain kapas berkualiti tinggi, kelebihan TudungRuffle ialah kepelbagaian gaya tudung yang boleh direka berdasarkan kreativiti si pemakai.

Peminat

Belum pun setahun kewujudan TudungRuffle, ia sudah mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri terutama dalam kalangan mahasiswa.

“Dahulu tudung bawal sangat popular diperagakan. Namun, peminat tudung itu semakin hilang kerana tudung bawal lazimnya berbentuk petak menyebabkan ia susah untuk dibentuk.

Tetapi TudungRuffle sangat berbeza. Walaupun mengambil inspirasi daripada tudung bawal, suntikan ropol pada setiap bahagian kelim menjadikan ia mudah digayakan,” katanya ketika ditemui Stailo baru-baru ini.

Berbicara mengenai pilihan warna yang disediakan TudungRuffle, Hanis memberitahu, jenamanya itu mempunyai 24 rona warna berbeza.

Antara warna yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah warna pastel seperti merah jambu, kelabu lembut dan biru muda.

“Kebanyakan koleksi saya dimonopoli warna yang lembut kerana lebih sesuai dengan tona kulit wanita Asia,” beritahunya.

Katanya lagi, TudungRuffle juga menyediakan saiz tudung bermula bidang 43 hingga 55.

Saiz tudung mengikut keselesaan si pemakai. Jika mahu labuh maka bidang 55 adalah pilihan yang sangat tepat. Walaupun sasaran pembeli saya dalam kalangan mahasiswa, sesiapa sahaja boleh menggayakan tudung ini,” jelasnya.

Sumber: Kosmo! Online

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::