Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2014

Setelah BR1M 1.0 dan BR1M 2.0, kini kerajaan Malaysia meneruskan program bantuan dalam bentuk cash money kepada rakyat yang layak. Bantuan ini adalah merupakan pemberian sekali sahaja setiap tahun (bergantung kepada pembentangan Bajet tahunan).

Proses pendaftaran baru atau untuk mengemaskini maklumat peribadi (bagi penerima BR1M 2.0) untuk BR1M 2014 atau BR1M 3.0 ini bermula dari 23 December 2013 to 31 Jan 2014.

"Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal". - Utusan Malaysia

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Sila kemukakan salinan:
  • MyKad bagi pemohon; dan
  • MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
* Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

* Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014.

Nota Penting:
1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Borang BR1M 2014

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Sumber: BR1M 2014 

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::