Pameran Lukisan Nah Bali!

Jarang kita dengar kolaborasi dua artis dalam satu lukisan.

Lahirnya pameran Nah! Bali adalah hasil pengamatan dan pengalaman mereka ketika berkunjung ke Bali sebagai residensi artis Galeri G13.

Pameran sehingga 22 Disember ini membariskan anak muda berpotensi, Najib Ahmad Bamadhaj dan Hisyamuddin Abdullah yang juga bekas penuntut Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurut Hisyam, 24, pameran itu hasil perbincangan mereka untuk melahirkan karya bermutu.

Setiap pelukis mempunyai idea yang berbeza, justeru, kami perlu mewujudkan persefahaman dan mengetepikan ideologi masing-masing.

“Kami juga saling melengkapi kerana gabungan gaya dan idea membolehkan kami menyempurnakan lukisan dengan lebih berkesan,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Bagi Najib pula, artis perlu mempunyai penilaiannya tersendiri terutama membangkitkan pandangan positif penonton mengenai karya yang dihasilkan.

“Secara peribadi, kejayaan ini bakal membuka kerjasama lebih besar.

“Ia memberi pengalaman kepada artis muda yang berani mengambil peluang dan menghadapi risiko,” katanya.

Konsep lukisan pula tidak tertumpu kepada unsur biasa di Bali kerana mereka melihat situasi tandus yang sering dipersoalkan iaitu penempatan, makanan dan ekonomi masyarakat Bali.

Sentuhan seni itu membabitkan kolaj, akrilik, arang, pastel minyak dan cat minyak.

INFO
Lokasi: G13 Gallery, GL13, Ground Floor, Block B, Kelana Square, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor.

Tarikh: 6 - 22 Disember 2013
Masa: 11 pagi - 6 petang

Jumlah karya: 11

Artis: 2

Telefon: 03-7880 0313 / 03-7880 0991

Sumber: myMetro

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::