Peraduan Doodle 4 Google

Google memperkenalkan pertandingan Doodle 4 Google pertama di Malaysia yang dibuka kepada pelajar sekolah untuk mempamerkan kreativiti dengan menghantar coretan atau doodle unik bercirikan Malaysia.


Doodle adalah conte­ngan spontan dibuat pada logo Google yang mencuri perhatian ramai pengguna Internet dan dihasilkan berdasarkan hari cuti, ulang tahun dan kehidupan pelukis, perintis dan ahli sains terkemuka yang banyak membantu membentuk sejarah.

Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata, doodle mencerminkan personaliti dan kasih sayang Google yang memberi penekanan terhadap reka bentuk menyeronokkan.

“Apabila mereka bentuk bertemakan ‘Malaysia bagi saya...’, kami ingin pelajar menitikberatkan apa yang mereka hargai mengenai Malaysia dan apa yang menjadikan negara ini disayangi oleh mereka,” kata­nya.

Beliau berkata, ia termasuk budaya, kepelbagaian, masyarakat, makanan, mercu tanda atau imej unik yang melambangkan Malaysia tetapi perlu imaginasi dan kreativiti yang dinilai Google.

Doodle biasanya dihasilkan pekerja Google, tetapi syarikat itu turut membuat pengecualian khas, contoh­nya Doodle 4 Google Malaysia.

Bertemakan ‘Malaysia to me is ...’ bersempena de­ngan Tahun Melawat Malaysia 2014, pertandingan itu bertujuan untuk merangsang dan memupuk keupayaan semula jadi pelajar muda untuk bercita-cita tinggi dan membantu merangsang kreativiti.

Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam kategori 7-9 tahun, 10-12 tahun, 13-15 tahun dan 16-17 tahun.

Doodle menjadi sebahagian sejarah Google sejak 1998 apabila pengasasnya Larry Page dan Sergey Brin meletakkan lakaran orang kayu di sebalik huruf ‘O’ kedua dalam perkataan Google sebagai mesej kepada pengguna menandakan mereka ‘tiada di pejabat’.

Tarikh tutup penyertaan bagi peraduan Doodle 4 Google Malaysia adalah pada 15 Julai 2014.

Sumber: myMetro

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::