Pakai-Bayar di Tune Hotels

Percutian berkonsep ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ kini semakin mendapat tempat di hati pelancong sehinggakan ada yang sanggup mengembara jauh untuk menikmati keenakan makanan itu.

Bagi anda yang merancang pengembaraan memburu makanan enak di seluruh dunia, kempen Percutian ‘Alami Citarasa Dunia’ yang dilancarkan kumpulan hotel antarabangsa Tune Hotels adalah pakej sesuai untuk anda.

Mana tidaknya, dengan harga bilik serendah RM20 semalam, anda berpeluang merasai keenakan makanan istimewa yang disajikan berhampiran lokasi 11 Tune Hotel di negara ini.
Selain itu, kadar menarik juga ditawarkan untuk Tune Hotel terpilih di Filipina dengan lapan hotel, tujuh di Indonesia, lima di United Kingdom, empat di Thailand dan satu di Australia, India serta Jepun dengan jumlah keseluruhan 38 hotel.

Bilik dengan kadar promosi ini adalah untuk pe­nginapan dari Julai sehingga September 2014.

Pengarah Operasi Tune Hotels, Anuar Ali Jumabhoy berkata, kempen ini bertepatan dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata, pelancong dapat menikmati penginapan berkualiti ting­gi pada harga berpatutan sambil mengalami kepelbagaian budaya dan makanan di negara ini.

“Kami mahu memberitahu pelancong, melalui Tune Hotels, pelancong dapat menikmati penginapan yang berkualiti tinggi tanpa perlu membayar mahal.

Kami menawarkan penginapan bertaraf antarabangsa melalui bilik yang selesa lagi bersih, kawalan keselamatan 24 jam dan lokasi yang strategik berhampiran tarikan di pusat bandar raya,” katanya.

Berkonsepkan penginapan pakai-bayar yang kini amat popular dalam kalangan pelancong di seluruh dunia yang diterajui Tune Hotels ini, pengunjung hanya perlu membayar kadar asas untuk bilik dan memilih perkhidmatan yang diperlukan antaranya penyaman udara, tuala, Internet dan televisyen.

Ini membolehkan pe­ngunjung menjimatkan belanja dan mengurangkan pembaziran.

Sumber: myMetro

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::