|
Festival Filem Pendek Tropfest |
Buat julung-julung kalinya, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara dipilih sebagai lokasi festival filem pendek berprestij, Tropfest yang akan diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 20 hingga 25 Januari 2014.
Edisi Tropfest Asia Tenggara itu disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Negara Malaysia dan Malaysia Major Events iaitu sebahagian daripada Malaysia Convention and Exhibition Bureau, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Ia bertujuan untuk memartabatkan Malaysia sebagai pusat serantau dalam usaha mendorong pembangunan industri pembuatan filem dengan menghargai dan mengiktiraf hasil karya para pembuat filem baharu.



