Ekstrak Sakura Beaurose |
Berkahwin di usia muda memberi sedikit bonus kepada Fauziah Mansor kerana ketika itulah dia mengenali dunia herba. Bagi mengekal kesihatan dalaman, dia mengamalkan pengambilan dua jenis herba iaitu kacip fatimah dan manjakani.
Kacip fatimah menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin.
Manakala manjakani sebagai buah ‘ajaib’, selain memberi banyak kebaikan kepada wanita. Ini kerana manjakani mengandungi unsur seperti astrigen, antimikrobial, antiinflamasi, antioksida dan anti radang.
Tidak hairanlah dalam usia yang kini mencecah 49 tahun, nenek muda kepada dua cucu itu kelihatan sihat dan cantik.
Pengurus ZZ Beauty Line yang lebih mesra dipanggil Kak Ozi berkata, setiap individu yang ingin menceburi dunia kecantikan perlu faham betul-betul produknya, bukan secara ‘ikut-ikutan’.
“Bukan mudah untuk ‘awet muda’, bila mempunyai jiwa, barulah kita dapat berkongsi bersama rakan dan pelanggan,” katanya.
Dia bertuah kerana menemui rakan kongsi yang dikenali ketika mengikuti kursus Juru Kecantikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk mengeluarkan produk minuman kesihatan dikenali Ekstrak Sakura Beaurose.
Katanya untuk mendapat kepercayaan pelanggan bukan mudah, itu cabaran seorang usahawan apatah lagi memperkenalkan minuman herba kesihatan baru, Ekstrak Sakura Beaurose.
“Kami terpaksa merantau ke tempat orang tetapi saya dan rakan kongsi, Azilah Che Nor tidak berputus asa.
“Akhirnya, produk minuman kesihatan ini mendapat kepercayaan pengguna,” katanya.
Menurutnya, Ekstak Sakura Beaurose sangat istimewa kerana menggunakan bahan utama bunga Sakura yang diimport dari Jepun.
“Sebelum ini ada produk menggunakan krim Sakura, tetapi kami lebih kepada minuman kesihatan,” katanya.
Sakura adalah satu simbol kecantikan, kesucian dan ekstrak bunga itu membantu memberikan kulit bersinar, lebih cerah dan sihat.
“Ia memberi tindak balas pemutihan secara semula jadi, membaiki sel kulit yang rosak, mengembalikan kulit berseri, licin dan cerah.
“Ia melembapkan, menguatkan kulit daripada halangan semula jadi dan menjadikan kulit lebih lembut dan licin,” katanya.
Beliau turut menggunakan herba kacip fatimah dan manjakani.
“Manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin A dan C, kalsium, protein, zat besi dan karbohidrat.
“Kacip fatimah pula untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita, menyeimbangkan hormon selepas bersalin, selain herba antigas bagi membantu mengurangkan angin dalam badan,” katanya.
Kecenderungan produk kesihatan di pasaran yang cenderung menawarkan tubuh gebu dan putih untuk kesihatan luaran merangsangnya memperkenalkan produk itu.
“Produk kami lebih kepada herba yang memberi kesihatan dalaman kepada wanita, malah ia sesuai untuk remaja berusia 18 tahun ke atas,” katanya.
Katanya, produk itu adalah pakej lengkap mencakupi kecantikan luaran dan dalaman.
“Kecantikan luaran seperti pigmentasi berkurang, kulit muka licin, halus dan cerah.
“Kecantikan dalaman termasuk membangkitkan keintiman suami isteri terutama kepada mereka yang berada pada peringkat pramenopaus atau sudah menopaus,” katanya.
Syarikat itu juga memberikan seminar penjagaan dalaman percuma kepada individu yang berminat pada hari Jumaat.
Beroperasi di Subang, syarikat itu mengeluarkan 5,000 kotak Ekstrak Sakura Beaurose.
Hubungi talian 019-2381808 atau 019-6678108 untuk maklumat lanjut.
Sumber: myMetro
Foto: Utusan Online