Branded Handbag - Online Shop Kedai1US |
Seringkali disapa dengan panggilan puan, ‘akak’, ‘sis’, namun hakikatnya pemilik perniagaan dalam talian barangan berjenama dari Amerika Syarikat (AS), Kedai1US sebenarnya lelaki.
Anak jati Alor Setar, Kedah, Norul Hisham Ahmad Tajuddin, 45, yang kini menemani isteri menyambung pelajaran ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Virginia, AS berkata, ramai pelanggan seolah-olah tidak mempercayai seorang lelaki mampu menawarkan produk seperti beg tangan dan jam tangan berjenama mengikut kehendak dan trend semasa.
Mula berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian pada 2011, Hisham secara suka-suka memuat naik gambar sebuah beg tangan isteri yang baru dibeli ke Facebook dan tanpa disangka beberapa rakan FB yang berminat membelinya.
“Bermula dari situ, saya menambah stok dan mula serius dalam perniagaan dalam talian ini. Secara kebetulan saya mengenali seorang warga AS berbangsa Indonesia yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan dalam talian dengan pasaran utama ke Indonesia.
“Melaluinya, saya banyak belajar selok-belok perniagaan ini, cara mendapat produk tulen dengan harga yang murah juga harus tahu hari tepat sesebuah gedung mengadakan jualan murah,” katanya.
Mengenai liku dan cabaran perniagaan dalam talian yang dilalui terutama berpangkalan di luar negara, Hisham mengakui cabaran terbesar adalah untuk meyakinkan produk yang ditawarkan itu tulen memandangkan terlalu banyak lambakan produk tiruan di pasaran.
Menurutnya, pada peringkat permulaan pelanggan agak ragu-ragu untuk membeli kerana mereka perlu membuat bayaran penuh sebelum barang dapat dihantar kepada pembeli yang selalunya memakan masa 10 hari untuk sampai ke Malaysia.
Selain itu, dia perlu memastikan gambar barangan yang dimuat naik sama dengan barangan yang bakal diterima pelanggan dari segi bentuk, saiz ,warna dan material malah barangan yang dihantar wajib sampai ke tangan pembeli tepat pada masanya.
“Oleh kerana pembeli yang pebagai ragam, seboleh-bolehnya saya akan melayan sebaik mungkin segala pertanyaan dan menghantar seberapa banyak gambar beg dari pelbagai sudut sehingga memuaskan hati bakal pembeli.
“Maklum saja, bukan seperti membeli di kedai biasa apabila pelanggan dapat mencuba, membelek dan merasai material yang digunakan,” katanya.
Selain itu, dia sentiasa mengikuti trend semasa dan mendengar maklum balas pelanggannya di Malaysia. Jenama paling popular dan sering mendapat sambutan adalah Coach, Michael Kors , Fossil dan Kate Spade.
Hisham berkata, dia kerap ke pusat beli-belah untuk melihat produk fesyen terbaru yang dikeluarkan yang selalunya belum lagi terdapat di pasaran Malaysia.
Sering membawa isteri yang banyak memberi pendapat dan pandangan sesuatu produk, konsep yang dipegangnya adalah borong dulu sebanyak mungkin, jual kemudian. Jika tiada orang beli, pakai sendiri.
“Berbeza dengan kebanyakan penjual lain yang hanya memuat naik gambar produk, hakikatnya barang masih tiada di tangan penjual (preorder),” katanya.
Katanya, walaupun dia dan isteri akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat, dia akan meneruskan perniagaan dalam talian barangan berjenama kerana sudah mempunyai jaringan perniagaan dan ada rakan yang menetap di AS sanggup membantu membekal produk berjenama ini.
Selain barangan berjenama, Hisham turut berhasrat untuk mengembangkan perniagaan dengan barangan Muslimah seperti jubah, telekung dan tudung memandangkan 80 peratus pelanggannya adalah wanita.
“Saya tidak sangka perniagaan yang diusahakan sejak empat tahun lalu mampu menanggung kehidupan di sini beberapa tahun memandangkan elaun belajar hanya cukup untuk menyewa apartmen, membayar bil dan barangan dapur.
“Syukur hasil usaha berterusan ini dapat memenuhi kehendak tiga anak kami untuk bercuti di tempat menarik di AS seperti Disney World, Universal Studio, Seaworld dan Legoland di Orlando Florida serta berpeluang menaiki kapal persiaran mewah selama seminggu ke kepulauan Bahamas,” katanya.
Menyingkap mengenai kehidupannya sebelum menjadi usahawan dalam talian sepenuh masa, Hisham berkata, dia sanggup melepaskan jawatan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah bank terkemuka walaupun dinasihatkan rakan sepejabat supaya memikirkan keputusan untuk mengikut isteri menyambung pengajian di AS.
Katanya, seorang pegawai atasan pernah bertanya soalan kepadanya mengenai pekerjaan yang akan dilakukan semasa di AS untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga kerana negara itu mengalami kejatuhan ekonomi sejak 2007 hingga sekarang.
“Jawapan yang saya beri adalah mahu mencari peluang. Alhamdulillah peluang terbentang di depan mata dan mimpi saya jadi kenyataan. Daripada suka-suka, ia menjadi lebih serius.
“Keluarga saya sebelum ini kurang bersetuju dengan keputusan hendak berhenti kerana sudah berjawatan tetap dan gaji yang selesa. Ibu mana yang tidak risau dengan keputusan seperti ini. Soalan yang sering ditanya, balik dari AS nanti nak kerja apa?
“Namun saya tidak sama sekali menyangka akan berjaya ke tahap ini. Apa yang pasti selagi kita jujur dan amanah dalam urusan jual beli, insya-Allah perniagaan ini akan makin berkembang. Alhamdulillah rezeki Allah terbentang luas sepenjuru alam, terpulang kepada kita untuk merebut peluang dan berusaha sebaik mungkin. Selebihnya berserah kepada Allah,” katanya.
Produk berjenama yang ditawarkan boleh dilihat menerusi Facebook Kedai1US, Instagram Kedai1US dan Facebook www.facebook.com/hisham.tajuddin.7.
Sumber: myMetro