Butik Anis Al Idrus Wardrobe |
Baru beroperasi tiga bulan yang lepas, butik Anis Al Idrus Wardrobe yang terletak di Jalan Serai Wangi 16/N, Aalam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam , Selangor itu sentiasa dipenuhi dengan wanita muslimah yang mencari busana yang boleh dipadankan dengan gaya mereka.
Mempunyai 50 label di bawah satu bumbung, tidak hairanlah mengapa butik itu menjadi pilihan ‘kaki’ beli-belah meluangkan masa bagi mencari busana eksklusif, selendang, aksesori, kasut, atau produk kecantikan dan kosmetik.
Dimiliki oleh usahawan muda, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, percaturan dia untuk mengumpulkan pelbagai jenama di butiknya itu diharap dapat membantu jenama-jenama tempatan memasarkan produk mereka selain memudahkan urusan pembelian daripada pelanggan mereka yang ingin merasai suasana sebenar membeli-belah.
Hanya selendang Nish by Anis Idrus yang dikeluarkan daripada pihaknya dan selebihnya adalah jenama seperti The Urban Hijra, Thirty Nine, Bokitta by Cindy Fannan, Illusimaya, Dilara, Lusure Boutique, Lollysta, Aisyah Al-Mashoor, dan pelbagai lagi.
Kata Anis, pemilihan jenama yang terdapat di situ dibuat berdasarkan kelainan dari segi rekaan bagi mengekalkan nilai eksklusif setiap pereka dan kesemuanya sudah mempunyai pengikut masing-masing. Jadi tugasnya hanyalah untuk mengumpulkan mereka di bawah satu bumbung bagi memudahkan pelanggan mereka.
Memilih butik berkonsepkan vendor mungkin menenggelamkan jenamanya tetapi Anis mempunyai sebab tersendiri untuk dia nekad dengan keputusannya itu. Katanya, walaupun jenamanya iaitu Nish by Anis Al Idrus telah berada di pasaran sejak tiga tahun yang lalu namun dia merasakan dirinya tidak mampu untuk mengeluarkan koleksi dalam kapasiti sebuah butik.
“Selain minat dalam dunia perniagaan, saya juga terlibat serius dalam bidang peragaan, pengacaraan dan emcees. Disebabkan saya mempunyai komitmen lain, saya memilih butik berkonsepkan vendor kerana sejak kecil lagi saya mempunyai impian untuk membuka sebuah butik.
“Sebelum butik ini dibuka, saya pernah bernaung sebagai vendor di beberapa buah butik untuk jenama Nish by Anis Al Idrus tetapi banyak yang tidak memuaskan hati saya. Pemasaran yang dijanjikan dibuat sambil lewa, tiada papan label diletak di butik, malah pengurusan stok juga tidak dijaga.
“Jadi, dengan adanya butik ini, saya ingin menerapkan kaedah vendor yang terbaik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan oleh pereka-pereka,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik Anis Al Idrus Wardobe di Shah Alam, baru-baru ini.
Pada majlis yang dihadiri oleh beberapa selebriti dan pengasas jenama fesyen tempatan itu, tetamu dapat menyaksikan peragaan koleksi baharu beberapa jenama terkenal yang semakin menempa nama dalam kalangan peminat fesyen. Di antaranya, Little Ms Jasmine, Dilara, Laserra Kuala Lumpur, dan Aisyah Al-Mashoor.
Akuinya dia tidak kisah pelanggan yang datang ke butik miliknya hanya untuk membeli jenama kegemaran mereka kerana dia sendiri telah menilai jenama-jenama yang bernaung di bawahnya adalah antara yang menjadi kesukaannya. Mengikut trend fesyen terbaharu, menutup aurat, anggun dan elegan, serta harga yang berpatutan adalah antara kriteria yang diutamakan Anis dalam pemilihan vendor.
Bagi pelanggan pula, suasana butik yang selesa dan menenangkan disediakan kepada pelanggan. Mengambil inspirasi daripada Coco Chanel, Anis berjaya tampil berlainan dari butik-butik biasa apabila menekankan dekorasi ciri mewah dengan menerapkan elemen warna putih dan hitam dalam keseluruhan dekorasi butik.
Sumber: Utusan Online