Batu Dolomit di Negeri Perlis

Jabatan Mineral dan GeoSains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang berjaya menemukan batu dolomit di utara negeri ini yang dikenalpasti paling bermutu sekali gus membolehkan Perlis kini mempunyai aset mineral bernilai tinggi bagaikan ‘emas’ jika dikomersialkan.

Pengarahnya, Zainol Husin berkata, dalam penemuan itu pihaknya mendapati jika dolomit itu diproses ia boleh menghasilkan sejenis bahan kimia ‘Magnesium Oxide’ (MgO) yang dijual di pasaran semasa dengan harga RM147 bagi setiap 100 gram berbanding sekarang dolomit mentah dijual dengan harga RM80 hingga RM120 setan.

“MgO mempunyai pasaran lebih besar termasuk pembuatan kaca, elektrik, farmaseutikal, perabot, makanan tambahan untuk ternakan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Pengenalan Kepada Mineral Perindustrian Untuk Kumpulan Pelaksana (Tahap Satu) di Hotel Putra Palace di sini hari ini.

Zainol berkata, sehingga kini simpanan dolomit di Perlis dalam anggaran sebanyak 600 juta tan dan paling besar di kawasan Felda Rimba Mas. Beliau berkata, kualiti dolomit di Felda Rimba Mas juga setanding dengan dolomit di Jerman, Great Britain, Amerika Syarikat, India dan Sepanyol.

“Sehingga kini dolomit lebih popular untuk digunakan dalam bidang pertanian seperti untuk mengatasi tanah berasid dan jerlus serta pembuatan jalan dan juga batu blok dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membentangkan hasil penemuan itu kepada kerajaan negeri.

Tambahnya, sehingga kini kerajaan negeri menunjukkan minat dengan kejayaan penemuan tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan terletak kepada kerajaan negeri ini untuk menjadikannya sebagai bentuk industri baharu yang boleh menarik pelabur ke negeri ini.

Zainol berkata, pihaknya telah menjalankan kajian ke atas dolomit itu sejak tahun 1985 dan dilakukan secara berperingkat sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sumber: Utusan Online

Info:

Dolomite is an anhydrous carbonate mineral composed of calcium magnesium carbonate, ideally CaMg(CO3)2.

The word dolomite is also used to describe the sedimentary carbonate rock, which is composed predominantly of the mineral dolomite (also known as dolostone).

Uses

Dolomite is used as an ornamental stone, a concrete aggregate, and a source of magnesium oxide, as well as in the Pidgeon process for the production of magnesium.

It is an important petroleum reservoir rock, and serves as the host rock for large strata-bound Mississippi Valley-Type (MVT) ore deposits of base metals such as lead, zinc, and copper.

Where calcite limestone is uncommon or too costly, dolomite is sometimes used in its place as a flux for the smelting of iron and steel. Large quantities of processed dolomite are used in the production of float glass.

In horticulture, dolomite and dolomitic limestone are added to soils and soilless potting mixes as a pH buffer and as a magnesium source. Home and container gardening are common examples of this use.

Dolomite is also used as the substrate in marine (saltwater) aquariums to help buffer changes in pH of the water.

Calcined dolomite is also used as a catalyst for destruction of tar in the gasification of biomass at high temperature.

Particle physics researchers like to build particle detectors under layers of dolomite to enable the detectors to detect the highest possible number of exotic particles. Because dolomite contains relatively minor quantities of radioactive materials, it can insulate against interference from cosmic rays without adding to background radiation levels.

Dolomite is a popular choice for motorcycle speedway tracks throughout Australia and New Zealand.

Dolomite is used in the ceramic industry and in studio pottery as a glaze ingredient.

Source: Wikipedia - dolomite

Friends of SatuJutaIdea

::::: Satu Juta Idea | Berkongsi Idea Menjana Pendapatan ::::: Copyright © 2008-2015 SatuJutaIdea :::::

::: Setiap artikel, foto, logo, jenama dan trademark adalah hakmilik pemiliknya. :::
::: Idea yang dikongsi di sini adalah sebagai panduan sahaja. Kejayaan menjana pendapatan adalah bergantung kepada pelbagai faktor dan risiko. :::